Tuesday, 17 December 2013

Tips Basuh Bahagian Luar Kereta Secara Simple

Membersih dan membuang kotoran (cleaning);


1.Pastikan semua pintu dan cermin ditutup rapat
2.Pancutkan air dahulu daripada hos selama 15 saat bagi mengeluarkan sisa-sisa klorin dan bahan kimia supaya tidak merosakkan cat.

3. Pancutkan air pada bahagian kereta untuk membuang habuk dan pasir yang melekat pada badan kereta sebelum menggosok kerana pasir dan habuk keras boleh mencalarkan cat jika digosok.

4. Gunakan bahan pencuci khas untuk kereta dan jangan beli bahan pencuci murahan walaupun ada gambar kereta kerana ia berpotensi untuk merosakkan cat. Bahan pencuci beserta wax (wash and wax) juga boleh digunakan dan ia akan membuatkan cat kereta kelihatan lebih bersinar.

5. Gunakan span cuci kereta yang bersih dan cuci bermula daripada bahagian bumbung. Saiz span yang lebih besar akan mempercepatkan proses cucian. (jangan gunakan span untuk mencuci cat bagi tujuan lain.

6. Elakkan cuci di tengah panas kerana titisan air akan bertindak sebagai kanta yang boleh memfokus cahaya matahari terhadap cat.

7. Jangan biarkan sabun pada cat sehingga kering kerana bahan kimia pada sabun itu akan menjejaskan cat.

8. Lap menggunakan kain yang bersih dan tidak berbulu.  Pastikan tiada minyak atau pasir pada kain tersebut kerana ia akan merosakkan cat. 
9.Jangan gunakan kain pengelap cat kereta itu untuk kegunaan lain.

Post a Comment