Sunday, 15 December 2013

Petua Dapur

  1. BUAH KERAS dapat memekatkan kuah masakan seperti kuah kari dan kuah sup.
  2. BAWANG PUTIH dapat digunakan utk menaikkan aroma dan menyedapkan ayam goreng dan puyuh goreng. Caranya, ketukkan bwg putih dan masukkan ke dalam gorengan.
  3. Untuk MEMASTIKAN TELUR AYAM DIREBUS SEMASAKNYA, boleh masukkan beberapa butir beras utk direbus sekali dengan telur. Telur telah masak sepenuhnya jika beras bertukar menjadi lembut. Selain itu, telur telah masak jika terdapat rekahan di kulit telur antara salah satu daripada telur-telur tersebut.
  4. Utk LEMBUTKAN DAGING,masukkan potongan halia semasa merebus daging.
  5. Utk SEDAPKAN IKAN GORENG, gaul ikan dengan garam halus, serbuk kunyit dan sedikit tepung jagung. Kemudian gorengkan.
  6. Utk MENGELAKKAN BERAS ROSAK ATAU BERBAU HAPAK,  masukkan segenggam cili kering yg telah dipanaskan dlm kuali tanpa minyak. kemudian, tutup bekas beras tersebut dengan rapat.
  7. Utk MENGHILANGKAN BAU HANYIR AYAM ATAU IKAN, bolehlah dibasuh degan buah limau purut berserta dgn daunnya.
  8. Utk MENGHILANGKAN BAU BUSUK PETI AIS, bolehlah diletakkan daun pandan atau arang di dlm peti ais tersebut.
  9. Gunakan ubat gigi dan gosokkan pada logam atau barang kemas UTK MEMBUATKAN LOGAM ATAU BARANG KEMAS BERKILAT.
  10. Utk KURANGKAN LALAT DI KAWASAN MAKANAN, letakkan bunjut sup berdekatan kawasan atau meja tersebut. 
  11. Utk HILANGKAN HITAM PADA KUALI/PERIUK, bolehla sabunkan dgn sabun mandi/ sabun ketul yg dgunakan utk membasuh kain.
  12. Hampas kelapa boleh digunakan utk BERSIHKAN RUANG DALAM BLENDER.
  13. Tangan dan pisau perlu dilumurkan dengan minyak masak supaya GETAH NANGKA TIDAK MELEKAT PADA TANGAN ketika memotongnya.
  14. Rendam dahulu sudu/penyukat dalam air ais sebelum menyukat mentega utk MENGGELAKKAN MENTEGA/BUTTER MELEKAT PADA PENYUKAT/SUDU.
  15. Gorengkan hampas kelapa tanpa menggunakan minyak kedalam kuali baru hingga kekuningan utk MENGGELAKKAN LAUK MELEKAT PADA KUALI YG BARU DIBELI KETIKA MEMASAK.
  16.  
     
     

Post a Comment